Sejarah Kuala Tatau
Kampung ini yang terdiri daripada 4 buah kampung iaitu Kampung Haji Ismail, Kampung Hilir, Kampung Nour Iman dan Kampung Seberang jaya. Portfolio Kampung Haji Ismail dan Kampung Hilir, mempunyai kisah sejarah yang sama berbanding Kampung Seberang. Sejarah Kampung Hj Ismail dan Kampung Hilir bermula pada tahun 1886 iaitu kedatangan seorang pemungut cukai dari Brunei iaitu Tuan Pengiran Hj. Ismail. Beliau yang berasal dari Brunei diarahkan untuk ke Sarawak untuk mengutip cukai dan telah datang ke Kuala Tatau. Setelah lama berada di Kuala Tatau, beliau terus menetap disini dan telah berjaya menarik peneroka-peneroka dari Bintulu, Mukah, Igan dan kawasan-kawasan berhampiran untuk bersama-sama bermukim di Kuala Tatau. Pada mualnya Kampung Haji Ismail dan Kampung hilir merupakan sebuah kampung yang sama kemudian dipecahkan menjadi dua iaitu Hulu dan Hilir
Selepas kemangkatan beliau, anak beliau, Hj. Ikram bin Ismail pula dilantik sebagai Ketua Kampung Kuala Tatau semasa pemerintahan British sehingga era Kemerdekaan Sarawak ke dalam Malaysia 1963. Era Ketua Kampung Hj Ikram disambung pula dengan pelantikan Hj Shahdan bin Kiat sebagai Penghulu pertama Kuala Tatau pada tahun 1985. Hal ini kerana Kampung Kuala Tatau terbahagi kepada tiga Kampung kecil iaitu Kampung Hj Ismail, Kampung Hilir dan Kampung Seberang. Setiap kampung mempunyai ketua kampung masing-masing sehingga ke hari ini. Kampung Hj Ismail bagi mengingati jasa peneroka pertama Kuala Tatau iaitu Tuan Pengiran Hj. Ismail dulu dikenali sebagai Kampung Hulu sebelum ditukar pada tahun 1986. Kini Kampung Seberang terpecah menjadi dua kampung iaitu Kampung Nour Iman dan Kampung Seberang Jaya.
Kewujudan Kampung Seberang Kuala Tatau asalnya daripada beberapa buah rumah di sebelah hilir Kampung Seberang yang dibina oleh pendatang dari Bintulu pada tahun 1940-an zaman pemerintahan British. Di antara penduduk asal kampung ini adalah Khamis, Luyuh, Julin dan beberapa orang lagi. Kampung Seberang mendapat nama dari keadaan geografisnya yang berada di seberang sungai. Pada tahun 1990, JKKK Kampung mula ditubuhkan dan Allahyarham Hipni bin Sajit merupakan ketua kampung pertama yang dilantik ketika itu. Daripada kronologi sejarah penubuhan kampung ini, masing-masing membawa sejarah yang tersendiri kerana tiada bukti yang sahih dimana muncul nama KUALA TATAU dibibir penduduk kampung. Secara umum, kita ketahui sungai di antara keempat kampung ini dikenali sebagai Sungai Tatau dan kedudukan kampung ini berada di kuala sungai. Walau bagaimanapun, sebelum ini terdapat penghulu yang bertugas mungkin sejak penubuhan kampung-kampung sehingga pengabungan ketiga-tiga kampung ini menjadi Kampung Kuala Tatau dan sehingga kewafatan beliau, belum ada pengganti yang sesuai menggantikan tempat beliau.