Terdapat dua jenis pertanian yang dijalankan oleh penduduk kampung disini iaitu pertanian pindah dan pertanian tetap. Dimana kebanyakan penduduk disini mengamalkan pertanian pindah. Hal ini kerana, mereka menanam sayur-sayuran dan buah-buahan untuk keperluan harian mereka dan selebihnya mereka jualkan kepada penduduk disekitarnya. Walau bagaimana pun terdapat juga pertanian tetap dijalankan oleh sesetengah penduduk disini iaitu penanaman kelapa sawit dalam skala kecil dan perusahaan rumah burung walit. Walaupun untuk mendapatkan hasil dari penanaman dan penternakan mengambil masa namun ia berbaloi untuk ditunggu kerana pendapatan yang agak lumayan dengan harga sawit semasa yang masih tinggi dan begitu juga dengan harga sarang burung yang boleh mencecah ribuan ringgit untuk 1kilogram.
Bagi memudahkan penduduk kampung untuk mendapatkan bantuan dari Jabatan Pertanian, Stesen Kecil Kuala Tatau telah ditubuhkan dan mula beroperasi pada tahun 1996 dan seramai 2 orang kakitangan yang bekerja di stesen pertanian ini. Selain penduduk kampung Kuala Tatau, 30 buah rumah panjang yang berada di sekitar Kuala Tatau, juga datang untuk mendapatkan khidmat nasihat serta memohon bantuan pertanian di Stesen Kecil Kuala Tatau. Bantuan-bantuan yang dipohon di stesen ini dipantau secara berkala oleh Pembantu Pertanian disini.
Kakitangan
Pembantu Pertanian (N17) : (Kosong)
Pekerja Am Rendah (R1) : (Kosong)
Waktu Beroperasi
Isnin – Khamis Pagi : 08.00am – 01.00pm
Rehat : 01.00pm – 02.00pm
Petang : 02.00pm – 05.00pm
Jumaat Pagi : 08.00am – 11.55am
Rehat : 11.55am – 02.15pm
Petang : 02.15pm – 04.15pm
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : Tutup