PROGRAM MENTOR
| TARIKH : 16 Mac 2025 | |
| MASA : 10.00am – 12.00pm | |
| TEMPAT : NADI Kuala Tatau | |
| PESERTA : 4 Orang |
NADI X Tiny Techies – Program Mentor adalah inisiatif yang bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan muda, khususnya dalam kalangan pelajar dan generasi muda, untuk mendalami bidang teknologi melalui bimbingan daripada mentor yang berpengalaman. Program ini memberikan platform kepada peserta untuk belajar dan mengasah kemahiran dalam teknologi digital, pengaturcaraan, robotik, serta keselamatan siber. Melalui sesi mentoring, peserta dapat mendapatkan tunjuk ajar yang praktikal dan teori, membantu mereka membina asas yang kukuh dalam dunia teknologi. Selain itu, program ini juga menggalakkan kerjasama antara mentor dan mentee untuk menyemai semangat inovasi, kreativiti, dan penyelesaian masalah dalam kalangan belia.








