mcmc
Maklumat PI

Maklumat Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

LATAR BELAKANG

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) merupakan program usahasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dengan TM Berhad yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital dikalangan komuniti setempat. Bagi menjayakan projek ini, MSD Digital Intelligance Sdn Bhd telah diberi mandat untuk melaksanakannya. Pembinaan PEDi Kuala Tatau di sini adalah bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat Kampung Kuala Tatau.

Selain itu, sebanyak 12 pusat dibina untuk Fasa Perintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2, 31 pusat untuk Fasa Felda, 1 pusat untuk Fasa Long Beruang dan 110 pusat untuk Fasa 4 diseluruh Malaysia bagi mendekatkan komuniti setempat kepada penggunaan dan aplikasi ICT dalam kehidupan harian mereka. SKMM berhasrat untuk menjadikan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) sebagai lokasi untuk menghubungkan setiap lapisan masyarakat melalui rangkaian internet sedia ada seperti e-kerajaan (e-government), rangkaian sekolah-sekolah (schoolnet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre).

 

TUJUAN

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) sebagai titik permulaan bagi memperkenalkan rangkaian internet seperti kerajaan eletronik (e-government), rangkaian sekolah-sekolah (schoolnet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) kepada komuniti luar bandar. Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan kerajaan untuk mewujudkan masyarat Malaysia yang celik IT menjelang tahun 2020.

Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap PEDi diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan info tempatan dimana isi kandungannya yang menjurus kepada maklumat Pusat Ekonomi Digital (PEDi). Matlamat-matlamat ini merangkumi tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan. Di masa akan datang, kementerian berhasrat menjadikan PEDi sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti e-kerajaan (e-government), e-pembelajaran (e-learning), pengumpulan dan pertukaran maklumat, pusat komunikasi, pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perisian dan peperiksaan dan persijilan.

 

VISI

MERAPATKAN JURANG DIGITAL

 

MISI

  • Menjadikan PEDi sebagai medium untuk merapatkan jurang digital komuniti.
  • Menambahkan pengetahuan dan meningkatkan sosio ekonomi masyarakat setempat.
  • Mewujudkan sistem latihan dinamik dan berkualiti.
  • Menwujudkan sistem latihan berterusan untuk melahirkan masyarakat yang mahir, berilmu dan berdaya saing.
  • Menyediakan kemudahan ICT dan perkhidmatan yang berteraskan komuniti.
  • Mengembangkan usaha dalam menjadikan PEDi Kuala Tatau sebagai One Stop Centre.
  • Memberikan komitmen sepenuhnya dalam meningkat serta memajukan PEDi One Stop Centre.
  • Mencapai wawasan menjadi sebuah pusat hub pemasaran dan bekalan setempat.