TARIKH : 22 JUN 2025 | |
MASA : 2.30pm – 4.30pm | |
TEMPAT : NADI Kuala Tatau | |
PESERTA : 2 Orang |
Kelas Tiny Techies: Mentor Siri 6 (Menengah & Rendah)
Kelas ini merupakan kesinambungan kepada siri bimbingan sebelumnya, melibatkan pelajar sekolah menengah dan rendah dalam sesi perkongsian bersama mentor berpengalaman dalam bidang teknologi. Siri ke-6 ini memberi peluang kepada peserta untuk bertanya soalan, mendapatkan panduan serta motivasi secara langsung dalam suasana pembelajaran yang santai dan interaktif. Tujuannya adalah untuk memupuk minat berterusan dalam bidang teknologi serta membina keyakinan diri dalam kalangan pelajar muda.




