TARIKH : 6 JUN 2025 | |
MASA : 3.00pm – 4.00pm | |
TEMPAT : NADI Kuala Tatau | |
PESERTA : 4 Orang |
Kelas Nadi SAFE: Perisian Merbahaya adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan murid tentang ancaman perisian merbahaya seperti virus, perisian intip (spyware), dan perisian hasad (malware), serta cara-cara untuk melindungi diri semasa menggunakan peranti digital dan melayari internet. Melalui kelas ini, murid didedahkan kepada langkah-langkah keselamatan siber asas, kepentingan memasang perisian antivirus, dan amalan penggunaan teknologi secara bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan maklumat peribadi dan mengelakkan sebarang risiko keselamatan dalam talian.

