| TARIKH : 20 JUN 2025 | |
| MASA : 3.30pm – 5.00pm | |
| TEMPAT : NADI Kuala Tatau | |
| PESERTA : 8 Orang |
Kelas Cybersecurity: Memahami Risiko Siber dalam Permainan Online Anak
Kelas ini memberi pendedahan kepada ibu bapa dan komuniti tentang pelbagai risiko siber yang wujud dalam permainan dalam talian yang sering dimainkan oleh anak-anak. Antara topik yang dibincangkan termasuk ancaman penggodam, buli siber, kandungan tidak sesuai, dan manipulasi dalam permainan. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran ibu bapa agar lebih peka terhadap keselamatan digital anak-anak serta mengambil langkah pencegahan yang sesuai bagi melindungi mereka di alam maya.



