Ceramah ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran remaja sekolah tentang bahaya siber grooming dan sexting, serta bagimana melindungi diri daripada ancaman ini. Remaja perlu memahami taktik pemangsa dalam memperdaya mangsa serta risiko psikologi, emosi, dan sosial jika terlibat. Langkah pencegahan sepserti melindungi akaun media sosial, menetapkan had komunikasi dengan orang asing, dan berani berkata TIDAK kepada permintaan mencurigakan adalah penting. Selain itu, mereka perlu tahu kepada siapa boleh melaporkan sebarang ancaman serta memahami implikasi undang-undang berkaitan jenayah siber. Ceramah ini juga, mendorong penggunaan media sosial secara bijak dan bertangungjawab, serta menggalakan remaja untuk menyokong rakan yang mungkin menjadi mangsa dengan mengambil tindakan yang betul.