mcmc
Maklumat Setempat

Pertanian

 

Terdapat dua jenis pertanian yang dijalankan oleh penduduk kampung disini iaitu pertanian pindah dan pertanian tetap. Dimana kebanyakan penduduk disini mengamalkan pertanian pindah. Hal ini kerana, mereka menanam sayur-sayuran dan buah-buahan untuk keperluan harian mereka dan selebihnya mereka jualkan kepada penduduk disekitarnya. Walau bagaimana pun terdapat juga pertanian tetap dijalankan oleh sesetengah penduduk disini iaitu penanaman kelapa sawit dalam skala kecil dan perusahaan rumah burung walit. Walaupun untuk mendapatkan hasil dari penanaman dan penternakan mengambil masa namun ia berbaloi untuk ditunggu kerana pendapatan yang agak lumayan dengan harga sawit semasa yang masih tinggi dan begitu juga dengan harga sarang burung yang boleh mencecah ribuan ringgit untuk 1kilogram.

 Bagi memudahkan penduduk kampung untuk mendapatkan bantuan dari Jabatan Pertanian,  Stesen Kecil Kuala Tatau telah ditubuhkan dan mula beroperasi pada tahun 1996 dan seramai 2 orang kakitangan yang bekerja di stesen pertanian ini. Selain penduduk kampung Kuala Tatau, 30 buah rumah panjang yang berada di sekitar Kuala Tatau, juga datang untuk mendapatkan khidmat nasihat serta memohon bantuan pertanian di Stesen Kecil Kuala Tatau. Bantuan-bantuan yang dipohon di stesen ini dipantau secara berkala oleh Pembantu Pertanian disini.

Kakitangan

Pembantu Pertanian (N17)                   : (Kosong)

Pekerja Am Rendah (R1)                     : (Kosong)

 

Waktu Beroperasi

Isnin – Khamis                                    Pagi                 : 08.00am – 01.00pm

Rehat               : 01.00pm – 02.00pm

Petang             : 02.00pm – 05.00pm

Jumaat                                                 Pagi                 : 08.00am – 11.55am

Rehat               : 11.55am – 02.15pm

Petang             : 02.15pm – 04.15pm

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum                                      : Tutup